Hassan bin Ali
Hassan bin Ali

Hassan bin Ali

Saidina Hasan ibn Ali ibn Abi Talib (Bahasa Arab: الحسن بن علي بن أﺑﻲ طالب‎) (15 Ramadan 3 H – 28 Safar 50 H) merupakan anak kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah az-Zahra, dan cucu pertama Rasulullah. Dia merupakan abang kepada Hussein bin Ali.Beliau diminta oleh golongan Syiah untuk menjadi khalifah selepas kematian bapanya, namun menarik diri selepas mula berperang dengan Muawiyah ibn Abu Sufyan kerana tidak inginkan perpecahan. Beliau meminta Muawiyah menyamakan kedudukan Bani Hashim dan Bani Umaiyyah namun dimungkiri Muawiyah setelah kewafatannya.